Monday, December 7, 2009

sebagai pelajar medic, aku sering diberi tugasan untuk membuat kes report patient. kebanyakannya yg sudah di diagnose oleh doktor2 russian ni.

apa yg aku perlu buat adalah aku perlu berjumpa pesakit untuk sedikit soal jawab dan seterusnya memeriksa fizikal pesakit. kemudian aku kena buat analysis pasal laboratory and intrumental investigation untuk kukuhkan diagnosis yg aku jangka.

namun kali ni agak berbeza sikit ceritanya. member aku, muna ym aku 2, 3 hari lepas. dia cite la pasal bende2 abnormal berlaku kat bibir dan mata dia. then, aku korek2 medical history dia. lepas dah gali2 sume. aku bagi 2 possible diagnosis dan aku suggest dia pegi jumpa doktor.

so hari ni, muna ym aku. dia kata dia da pegi jumpa doktor kat klinik berdekatan rumah dia. lepas habis check semua, doktor diagnose dia kena Bell's palsy. hahaha (macam salah 1 diagnosis aku). kata doktor tu mungkin di sebabkan oleh infection. doktor tu suruh muna pegi buat physiotherapy kat ampang putri.

then si muna ni pegi la ampang putri. dia jumpa neurologist. lepas siap semua check up and scan, doktor pakar ni kata tak serius sangat. mungkin disebabkan oleh stress. neurologist tu prescribe ubat seperti yg diberikan kepada pesakit Bell's palsy. dan suruh muna datang balik lepas 2 minggu.

aku rasa sikit gembira sebenarnya, bukan lah sebab si muna ni kena penyakit tapi sebab 1st time dia tanya aku pasal symptom baru yg dia kena, aku dah buat dia rasa nak pergi jumpa doktor selepas dengar explaination aku. daripada dia fikir mungkin tak teruk, aku dah buat dia fikir mesti ada sesuatu yg serius yg buat perkara ini berlaku. yg aku puas hati lagi, aku diagnose dia dulu sebelum mana2 doktor diagnose dia. dan diagnosis aku agak baik. kiranya macam diala pesakit aku. then aku buat follow up la pasal penyakit dia sebab aku nak belajar macam mana cara deal bukan sahaja dengan pesakit tetapi dengan penyakit yg di alami pesakit.


aku suka belajar dari pesakit.... sebab tak semua classical symptom akan ada pada pesakit. so, pada masa tu kita kena pandai buat differential diagnosis untuk mencari diagnosis sebenar pesakit kita. (macam Dr House la pulak...hehe) text book akan guide kita, tapi ketepatan diagnosis bukanlah bergantung pada ilmu buku tapi kembali kepada pada akal dan pengalaman kita. Itulah anugerah Illahi. sebab itu,

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,  (Q.S At-Tin : 4).

No comments:

Post a Comment