aku teringat kembali...
saat akhir dikala aku melangkah pergi.. makin jauh bayang dirinya.. makin hilang dari pandangan opthalmus ku..
aku tidak menyedari kesedihan itu sehingga lah boeing 737 yg ku naiki sudah berada di angkasa ruang legar klia. ku rasakan dia semakin jauh.. bertambah jauh lagi apabila lampu2 di dataran semakin kabur...
sampai suatu saat, ku rasakan lacrimal gland ku merembeskan cecair yg bergenang di mataku. ku alihkan pandanganku ke tingkap, melarikan pandangan dari di lihat orang.. kebetulan pula masa tu tgh boarding, lampu ditutup sementara...
pabila sampai ke destinasi, ku rasakan sebak itu makin bertambah. tatkala itu aku keseorangan di hostel, roomate ku belum lagi bertolak lagi dr msia. lusa tiba katanya..
aku menelefon yayang ku...bercurahan air mata ku sambil menyatakan kata2 rindu..
dalam setiap kali aku meninggalkan dia di klia, ini lah kali pertama aku merasakan kesedihan yg amat sangat...
cuti kali ni sangat meninggalkan kesan kepada kami pasangan bertunang...
kerana dia tunangku, dia cuba menjagaku dengan sebaiknya..
petang lepas kelas, dia datang...menunggu..tak kira berapa lama, dia tetap menunggu..
ceria jelas di wajahnya apabila melihat aku yg berbaju putih ku keluar dari hospital...
tiap kali itu juga dia merakamkan gambar ku di dalam canon ixus nya..
ketika ketiadaan ibu, dialah yg mengganti tempat menemaniku shopping barang dapur
kesanggupan dia melayani telatah dan pek'el ku sangat aku hargai
bukan setakat melayanku, malah adik2 ku juga..
Syukurku pada Tuhan kerana mengirim dia untuk ku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment